September 30, 2012

Video Skill: Teppanyaki Chef @ Hibachi

Teringat semasa bekerja di sebuah restoran jepun 7 tahun lepas. Masa tu hamba baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan katering.; Mula-mula masuk, memang hapah pun tak faham.  haha.. Yela, bahasa Jepun kot. 3 bulan masuk kerja, otak blank. Alhamdulillah masa tu chef-chef pun faham budak baru mahu belajar. hehe.. Last-last, dapat juga hamba menguasai masakan Jepun masa tu. Kalau yang sekarang ni tak tau la macam mana. haha.. Silap-silap pisau terbang ke dada.

Apapun kerja seorang teppanyaki chef @ hibashi memang best. Tapi, perlu diingat. Untuk menguasai skill pisau, fork dan spatula ni kena belajar dulu. Ianya boleh menjadi sangat bahaya. 


Gambar dan video ini adalah seorang warga Indonesia berketurunan Batak yang berhijrah ke US. Pada asalnya, beliau adalah seorang kelasi kapal, dan akhirnya bekerja dan menetap di New York sebagai seorang hibashi chef di sebuah restoran Jepun yang terkemuka di New York. Beliau ini sangat terkenal disebabkan kemahiran beliau sebagai hibachi chef sehingga mendapat nama jolokan Sinaga Jack Tamagucci.









»»  Baca Lagi...

September 29, 2012

Video Inspirasi: Susan Boyle

Tengah dok godek-godek laman Youtube, entah kenapa tergerak hati hamba nak buka video British Got Talent semasa di awal kemunculan Susan Boyle. Sebelum ini, beliau adalah seperti seorang yang selalu dipandang rendah oleh masyarakat. Tengok sajalah semasa beliau mula-mula baru sahaja menjejakkan kaki ke pentas British Got Talent. Hampir semua penonton tersenyum sinis. Tidak seorang pun yang percaya apabila beliau ingin menyanyikan lagu I dream a dream nyanyian Les Miserable. Tambahan pula beliau tidak mempunyai pakej penampilan yang sesuai sebagai penyanyi.

Tapi, apabila beliau mula menyanyi, para juri dan penonton bangun memberikan tepukan yang gemuruh disebabkan bakat beliau, sehinggakan salah seorang juri memberikan komen "Susan Boyle…the biggest YES has ever been given in Britains Got Talent…" dan seorang lagi juri, Simon Powell mengatakan  “Susan, you can go back to the village with your head held high, its 3 Yesses!

Sehingga kini, video semasa Susan Boyle semasa audition telah ditonton lebih 100 juta kali di laman Youtube.

So inspirational...(^_^) (sambil berangan. haha..)

Susan Boyle




»»  Baca Lagi...

Ganjaran RM200 juta Bagi Sesiapa Yang Dapat Mengahwini Wanita Ini.



Seorang jutawan Hong Kong, Cecil Chao telah menawarkan HK$500 juta  @ RM200 juta kepada sesiapa yang berjaya mengahwini anaknya yang lesbian, Gigi Chao, 33. Beliau yang juga pemilik Cheuk Nang (Holdings) Limited membuat pengumuman itu pada Rabu lepas menerusi akhbar South China Morning Post. 

Beliau telah membuat pengumuman itu setelah mendapat tahu anaknya telah mengahwini pasangan lesbiannya Sean Eav di Perancis pada 4 April lalu. Beliau juga tidak kisah samada bakal menantunya miskin atau kaya, asalkan ikhlas. 



Anak beliau iaitu Gigi Chao nampaknya agak tertekan dengan pengumuman bapanya itu. Dalam facebook miliknya juga, dia menerima banyak menerima friend request dan menerima follower yang ramai dalam akaun twitternya. 



Gambar dibawah pula memaparkan gambar Gigi Chao dan pasangan lesbiannya





So, ada sesiapa yang sudi? hehe...



»»  Baca Lagi...

September 28, 2012

Blog Review By Piko

l

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni hamba menyertai sebuah segmen yang dikendalikan oleh bro Piko. Syarat-syarat penyertaan mudah sahaja:
  • Klik ke Ini Blog Piko
  • Buat satu post mengenai Blog Review By Piko
  • Bermula pada 20/9/2012 sampai 30/10/2012
Jom la join sekali untuk menambahkan followers anda dan berkenalan. hehe..


»»  Baca Lagi...

Kerja Gila: Buaya Ini Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang Kanak-Kanak


Apa perasaan anda apabila seekor buaya dilepaskan ke dalam kolam renang dan membenarkan anak anda bermain dengan reptilia ganas itu? Memang takkan bagi punya la kan? hehe.. Itulah yang terjadi di Madeira Beach, Florida.

Dengan hanya USD175, Bob Barret, iaitu seorang pengusaha taman buaya akan membawa seekor alligator dan kemudiannya akan melepaskan reptilia itu berenang bebas di dalam kolam renang pelanggannya.  Ianya bertujuan untuk memberikan suasana yang berlainan kepada pelanggannya yang ingin mengadakan majlis untuk anak mereka. Beliau juga berkata ianya selamat memandangkan mulut haiwan itu telah ditutup menggunakan pita perekat khas untuk binatang. Selain sebagai hiburan, beliau juga memberikan penerangan mengenai isu keselamatan dan informasi berkenaan dengan haiwan berkenaan..







p/s: jangankan kata budak-budak, hamba sendiri pun tak berani. haha.. Korang bagaimana?
»»  Baca Lagi...

September 27, 2012

6 Keadaan Perkahwinan Wanita Di Akhirat


6 KEADAAN PERKAHWINAN WANITA


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:
“Tiada si bujang di dalam syurga” (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”
Wallahualam.
p/s: Sekadar berkongsi
»»  Baca Lagi...

September 26, 2012

Parasit Ikan Yang Menakutkan

Semakin pelik binatang kat dunia ni bila melihatkan parasit yang boleh melekat pada lidah ikan. Geli pun ada. So, banyak benda mengenai bumi ciptaan Allah ni yang masih kita tidak ketahui.


Parasit ini dikenali sebagai cymothoa exigua. Ianya memasuki mulut ikan tersebut dan melekatkan dirinya pada lidah ikan itu. Seperti parasit yang lain, ianya menghisap darah ikan-ikan yang ditumpangi secara perlahan-lahan. Apabila semakin lama ia melekat pada lidah ikan itu, semakin kurang kadar darah yang mengalir pada lidah ikan tersebut. Jadi, lama kelamaan fungsi lidah ikan itu mati dan parasit tu menggantikan dirinya menjadi lidah ikan terbabit. Ikan yang menjadi mangsa tumpangan parasit tidak menghadapi masalah menggunakan parasit tu sebagai lidahnya. Ini kerana parasit unik ini tidak menggangu makanan yang dimakan ikan tu. Setakat ini, hanya spesis ini sahaja yang diketahui boleh menggantikan organ binatang yang ditumpang olehnya.

p/s: tak boleh hamba bayangkan jika lidah hamba bertukar jadi camni. Makan pun tarak lalu woo.. lidah siap berkaki lagi.







 



»»  Baca Lagi...

Lepaking @ Nasi Beriani Gam Prima Tanjung Malim

Assalamualaikum dan salam sejahtera..(^_^)

Sebelum ni, hamba dengar-dengar je tempat ni agak best. Namun masih belum berkesempatan nak pergi lagi. And then, semalam tiba-tiba kena outstation ke sana. So, pe lagi? Mai la pekena beriani. hehe..

Makan kat sini pun boleh tahan sedapnya. Macam-macam lauk beriani ada. Owner die pun original made in Pakistan. hehe.. So, memang ada pengaruh Pakistan dalam masakan dia. Yang menariknya restoran ni, lauk pauk anda boleh ambil terus dari dalam periuk besar yang baru dimasak. Banyak lak tu.


Tom Yam udang galah banjir. Bunyi macam menarik. Tapi menu ini hanya dibuka untuk waktu malam je. adoi.. tak dapat nak rasa. ( sori tak berapa jelas.. ambil pakai kamera handphone )


besar periuk kak? Jenuh la nak membasuh lepas tutup kedai ni..

Ayam gam

Ayam masak merah


Beriani gam daging

Beriani gam ayam


beriani gam kambing

Harga? huk aloh.. boleh la tahan.

»»  Baca Lagi...

September 24, 2012

Pergerakan Yang Membatalkan Solat


Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.




Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:


فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا

Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.” (Riwayat al-Bukhari)

Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.

Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.

KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.

KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau

وهو الأصح وقول الأكثرين

Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]

Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sumber: Anak anak negeri sembilan
»»  Baca Lagi...

Rompakan Mesin ATM Hanya Kurang Seminit

Kejadian rompakan mesin ATM (Auto Teller Machine) sekarang ini mungkin menjadi sangat popular di kalangan puak-puak perompak. Selain daripada mengurangkan risiko kehilangan nyawa, rompakan ini seperti memakan masa yang amat singkat. 

Mau tidaknya, gambar dan video di bawah menunjukkan betapa senangnya perompak untuk masuk, pecah, dan melarikan duit di dalam mesin ATM dalam masa kurang dari seminit. 


Mesin ATM

Perompak masuk dan mengumpil

Ikatkan dengan tali yang bersambung dengan kenderaan

Bawa kenderaan laju-laju dan sentap tali

Peti besi ATM terbuka

Ambil duit dan cabut



Nampak senang kan? Oleh itu, kepada pihak bank dan pihak yang berkenaan, anda harus mengambil langkah keselamatan yang lebih baik bagi memastikan anda tidak mengalami kerugian berjuta ringgit ya? Just for reminding..(^_^)
»»  Baca Lagi...

Lazy Monday @ Sleepy Monday


Hari ni merupakan hari Isnin @ Lazy Monday / Sleepy Monday. haha.. Yela, lepas cuti sabtu dan ahad, kan? Dah elok bersenang lenang, pastu kena sambung kerja balik. Fenomena ini bukan pada diri hamba sahaja. Bahkan ramai orang yang mengalami lazy monday ni. Tapi, rezeki perlu dicari. Nak taknak, terpaksa la juga bekerja untuk menyara diri.


Agak-agaknya la kan, kalau diberi peluang, mau jadi macam diorang ni agaknya. Wa.. bukan main sodap lagi tido. haha..









Kalau yang jenis macam ni, nobita pun kalah. haha..




»»  Baca Lagi...

September 23, 2012

Nenek Yang Hebat..!!



Seorang wanita warga emas, Thelma Gratsch yang berumur 90 tahun, menyambut hari lahirnya dengan cara yang amat berbeza sekali. Bukan dengan kek, orait? Tetapi dengan menaiki roller coaster Diamondback di Kings Island, Ohio, iaitu sebuah roller coaster yang boleh mencapai kelajuan sehingga 80 batu sejam..!!  Haha.. Dasyat la nenek ni.. Silap-silap anda pun tak berani kan?

Sebenarnya beliau sudah menjadi salah seorang pelanggan tetap di taman tema ini. Bahkan beliau mempunyai tiket season pass setiap tahun untuk taman tema ini. Dan yang paling best, beliau adalah individu tertua yang menaiki Diamondback




Roller  Coaster Diamondback
p/s : Sampai sekarang hamba tak berani naik roller coaster. Gayat gile. haha..
»»  Baca Lagi...