Baru-baru ni, hamba telah berkunjung ke Kuala Kangsar, Perak atas urusan kerja. Tapi mestila ada masa-masa menyambil lalu kan?(ayat cover mengular sebenarnya. haha..) ok2. Kawan hamba membawa hamba ke tempat pembuatan labu sayong n pasu kat sana. Hamba bukan berminat mana pun dengan barang-barang hiasan macam ni. Tapi, bila hamba dah sampai kat tempat tu, 1st impression hamba adalah Wow..!! boleh tahan. Banyak lak tu. Terbit jugakla nafsu membeli ni. hehe... Di sini terdapat banyak tempat pembuatan pasu n tembikar ni. Hamba anggarkan dalam 10 buah dalam 1 kampung. Baru 1 kampung tau. Belum 5 kampung lagi.
Anyway, barangan tembikar kat sini memang cantik-cantik dan harga pun murah dan berpatutan. Memang sesuai kalau nak buat hiasan untuk raya. Siapa-siapa yang nak buat bisnes memang sesuai. Harga yang sangat murah boleh ditawarkan jika membeli secara borong.
Hanya ni je pic yang sempat hamba ambil semasa pergi ke sana. Untuk siapa-siapa yang berminat, dan untuk maklumat lanjut, anda semua boleh la pergi ke Kampung Sayong Tengah dan Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
Antara barangan tembikar yang dijual
Ha... yang labu lak. Macam-macam saiz ada
 |
Tengah proses pengeringan |
. |
Sedang membentuk tembikar. Hamba minta dia senyum masa ni. Tapi beliau buat dono je.. haha.. Penat kot |
 |
Pengusaha yang lain. Terletak bersebelahan je dengan kedai yang hamba pergi |
 |
Akak ni pun buat dono je dengan hamba. Sedang kusyuk kerja kot |
 |
Wah.. siap ade anugerah lagi |
Orait, itu saja,, Thanks for viewing...(^_^)
»» Baca Lagi...