Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

December 4, 2012

Dinding Yang Bermuzik Ketika Hujan

Sebuah kawasan di Jerman, Neustadt, terdapat sebuah bangunan yang diberi nama Kunsthofpassage Funnel Wall dimana apabila hujan turun, ianya akan mengeluarkan bunyi-bunyian muzik yang unik.







»»  Baca Lagi...

November 21, 2012

Jantung Buatan Manusia [9 Gambar]

Kemajuan dalam bidang teknologi perubatan telahpun mencapai kemajuan yang sangat hebat sehinggakan mampu untuk meniru dan menggantikan organ manusia dengan teknologi terkini. Yup, simply amazing..!! Tapi kalau boleh, tak naklah pakai jantung macam ni. So, hargailah jantung anda.

»»  Baca Lagi...

October 10, 2012

Gajet: Straw Penyelamat Nyawa

Bagi sesiapa yang mempunyai hobi kegiatan luar seperti hiking, mendaki gunung dan sebagainya, gajet Lifestraw ini adalah sesuatu yang anda harus miliki. Lifestraw ini berkemampuan untuk menapis bakteria air sehingga 99%. Yang paling menarik, ianya hanya seberat 115 gram dan berkemampuan untuk menapis sehingga 700 liter air sebelum digantikan. Harga di Malaysia? Murah sahaja. Sekitar RM 105.00





»»  Baca Lagi...

September 18, 2012

Samsung Galaxy S4 Akan Keluar?

Berdasarkan laporan dari beberapa media seperti Korea Times dan juga Mobile 88, Samsung dijangka akan mengeluarkan versi baru Samsung Galaxy iaitu Samsung Galaxy S4 di Mobile World Congress di Barcelona. Mungkin pada Febuari 2013.


Tindakan Samsung ini jelas untuk memberi saingan kepada saingan terdekatnya iaitu iPhone 5. Khabar-khabar angin yang bertiup adalah Samsung jenis baru ini akan mempunyai skrin sebesar 5 inci dan akan dilengkapi dengan teknologi yang lebih hebat berbanding dengan Galaxy S3. Samsung Galaxy S3 sebelum ini merekodkan jualan sebanyak 20 juta unit dalam masa 3 bulan. Hu.. dahsyat.

So, kepada sesiapa yang berminat dengan Samsung Galaxy, diharap sabar ya.. hehe..

p/s: Tak berdaya rasanya nak follow teknologi sekarang nih. Terlalu banyak yang keluar.


»»  Baca Lagi...

July 3, 2012

Kereta Kawalan Jauh Paling Laju Di Dunia

Hamba memang tak berkecimpung pun dengan dunia rc ni. hehe.. Tapi, bila hamba terbaca mengenai Traxxas XO-1 ni, terus hamba jadi agak kagum. Mau tak nye, kereta rc ni boleh mencapai kelajuan melebihi 100 mph atau 161 km/h. Wow, dah tahap gaban dah ni. Dah boleh mencabar kereta biasa dah.  Tapi, harga pun agak cantik juga la. Ianya dijual pada harga USD 1099.99 @ RM 3000++. Bagi orang macam hamba yang cuma biasa-biasa je ni, harga macam ni memang boleh buat downpayment beli kereta baru, kan? haha..  Tapi, bagi peminat kereta rc, hamba percaya mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk minat mereka.

Apa pun, jom kita layan mata dulu dengan pic-pic n video pasal kereta rc ni..

Traxxas XO-1 RC









Traxxas XO-1 buat Dyno Test


Ni pula video Traxxas XO-1 ni tengah diuji


»»  Baca Lagi...

Air + Peluntur + Matahari = Lampu?


This was done in Philippines. Water and bleach in bottle of coke was fitted on the roof. 
It absorbs and reflects sunlight and is equal to 55 watt ... Cheers to engineers :-)

p/s: boleh percaya ke ni? hurmm...
»»  Baca Lagi...

June 15, 2012

Perabot Yang Supercool..!!

Rasa-rasanya kan, ade tak Malaysia keluarkan perabot yang unik lagi menjimatkan ruang macam ni? haha.. Kalau ada, nak juga hamba pergi tengok-tengok jamu mata ( bukan nak beli pun ).

Papepun, check out design-design yang mungkin boleh difikirkan untuk pereka-pereka perabot tempatan mengambilnya sebagai idea.








Aïssa Logerot's Multi-Purpose Furniture

Sosia Sofa 1




»»  Baca Lagi...

June 11, 2012

TV LED Samsung UA55ES8000R TV Yang Super Duper Superb



Hari ni, hamba mau introduce kat anda semua mengenai Smart LED TV baru Samsung. Bukan la mau promote sangat pun. Juz nak share dengan anda kemajuan teknologi sekarang nih. Hamba tak ambil komisyen yer.. haha.. Pada minggu lepas, hamba ada pergi jalan-jalan disekitar seremban. Pastu, terserempak lak dengan road tour samsung tengah berlangsung. Hamba lihat diorang tengah giat mempromotekan tv LED baru diorang. Peh! memang advance gile kentang! Rase-rase macam tak percaye je. Ini antara maklumat yang hamba dapat sikit dari promoter tu dan juga selongkar-selongkar sikit dalam Google. hehe...

Selain dari paparan LED Full HD 1080p dan juga teknologi 3D yang memang dah diketahui memang superb, tv ni juga mempunyai fungsi wifi, Application software sendiri, yang mana anda boleh download mana-mana software untuk tv anda. Contohnya macam facebook, skype dan channel IP TV. Kemudiannya yang paling menarik, anda boleh mengawal tv ni dengan voice control, motion control, dan  face recognition (bagi tujuan keselamatan).

Antara specs yang lain adalah:

Connectivity

  • 3 HDMI
  • 3 USB
  • 1 Headphone
  • Wireless LAN Built-in available
  • Component In (Y / Pb / Pr) x 1 ea
  • Composite In (AV) x 1 (Common Use for Component Y)) ea
  • Digital Audio Out (Optical) x 1 ea
  • Scart x Yes ea
  • RF In (Terrestrial / Cable input) x 1 ea
  • RF In (Satellite Input) x 1 ea
  • DVI Audio In (Mini Jack) x 1 ea
  • Ethernet (LAN) x 1 ea
  • MHL x Yesxea

Smart TV Functionality

  • Samsung Apps available
  • Family Story available
  • Samsung SMART TV available
  • Fitness available
  • Search All available
  • Kids available
  • Skype™ on Samsung TV available
  • Smart Hub available
  • Social TV available
  • Web Browser available
  • Your Video available
Ha... best kan? Pape hal pun check out pic dan video hamba letak kat bawah nie...(^_^)



Dimension of UA55ES8000R





»»  Baca Lagi...

June 5, 2012

Alat Untuk Senyum. Erk?

Pernah tak anda dengar alat untuk senyum? Sebenarnya hamba terjumpe produk ni semasa tengah google tadi. Punye la hamba terkejut pasal alat ni boleh memakse seseorang untuk tersenyum dan dibuat untuk kanak-kanak yang degil. Percaya ke tak nak? Hehe..

Macam senyum sakit je.. haha




Alat ini dicipta oleh seorang saintis Jepun yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di sana untuk selalu tersenyum. Ianya menggunakan sedikit arus elektrik untuk menggerakkan otot-otot pipi kanak-kanak agar boleh tersenyum walaupun secara paksa. Anda tak perlu risau jika anak anda bersedih kerana alat ini pasti akan membuatkan anak anda senyum sampai ke telinga.

Hamba pun cuba-cuba menyiasat kesahihan cerita dan produk ni. Last last rupenye produk ni adalah alat untuk mengira kunyahan yang dibuat oleh kanak-kanak semasa makan. Ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada ibu bapa memantau cara anak mereka makan. Maklumla, kanak-kanak kan selalunya tak kunyah lame2 sebelum telan.Nama sebenar bagi alat ini adalah Kami Kami Sensor. Bukan Electro Smile k? hahaha..


»»  Baca Lagi...