June 30, 2012

Labu Sayong dan Barang Tembikar Cantiks Kuala Kangsar

Baru-baru ni, hamba telah berkunjung ke Kuala Kangsar, Perak atas urusan kerja. Tapi mestila ada masa-masa menyambil lalu kan?(ayat cover mengular sebenarnya. haha..) ok2. Kawan hamba membawa hamba ke tempat pembuatan labu sayong n pasu kat sana. Hamba bukan berminat mana pun dengan barang-barang hiasan macam ni. Tapi, bila hamba dah sampai kat tempat tu, 1st impression hamba adalah Wow..!! boleh tahan. Banyak lak tu. Terbit jugakla nafsu membeli ni. hehe... Di sini terdapat banyak tempat pembuatan pasu n tembikar ni. Hamba anggarkan dalam 10 buah dalam 1 kampung. Baru 1 kampung tau. Belum 5 kampung lagi. 

Anyway, barangan tembikar kat sini memang cantik-cantik dan harga pun murah dan berpatutan. Memang sesuai kalau nak buat hiasan untuk raya. Siapa-siapa yang nak buat bisnes memang sesuai. Harga yang sangat murah boleh ditawarkan jika membeli secara borong.  

Hanya ni je pic yang sempat hamba ambil semasa pergi ke sana. Untuk siapa-siapa yang berminat, dan untuk maklumat lanjut, anda semua boleh la pergi ke Kampung Sayong Tengah dan Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Antara barangan tembikar yang dijual



Ha... yang labu lak. Macam-macam saiz ada


Tengah proses pengeringan 

.
Sedang membentuk tembikar. Hamba minta dia senyum masa ni. Tapi beliau buat dono je.. haha.. Penat kot



Pengusaha yang lain. Terletak bersebelahan je dengan kedai yang hamba pergi



Akak ni pun buat dono je dengan hamba. Sedang kusyuk kerja kot

Wah.. siap ade anugerah lagi




Orait, itu saja,, Thanks for viewing...(^_^)

»»  Baca Lagi...

June 28, 2012

Kelas Asas Pembuatan Cup Cake & Muffin

Baru-baru ni, kelas memasak cup cake diadakan oleh Cetusan Rasa Delight di ofis hamba untuk peserta-peserta Azam Kerja iaitu peserta yang terdiri daripada peserta yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Best woo... Pengajar untuk kelas ini adalah En. Saya Lupa Nama Dia. Sori.. haha.. Papepun, selain pembuatan asas cup cake, kelas ni mengajar peserta-peserta asas perniagaan, prospek yang berpotensi dan cara yang efektif untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan. Dengan hamba sekali join program ni. hehe... Terasa mau buat kat rumah pun ade.

Jom skodeng


Peralatan yang digunakan. Peserta dapat peralatan ni for free lor...

En. saya lupe nama tengah briefing peserta

Demo pun bermula

Sangat cantik kan? Bau pun best mase ni. Belum masuk oven lagi

Siap untuk masukkan dalam baking tray

Oven konvensional. Peserta dapat free. Untungnye...
Ready....

Yearghh.. uda masak dong

Asingkan dulu. Jap lagi mau letak icing kat atas

Buat muffin lak

Tada..!! dah siap

1st time tengok krimwell @ lemak sayuran
 Buat icing untuk topping cup cake tadi.


Letak krimwell, icing sugar dan butter sekali

Kemudian kacau selama dua minit

Letak pewarna mana-mana yang anda suka

Dah siap. Simple je nampak kan?

Pipe kan kat atas cup cake tadi

Dah siap..!! hehe..

Peserta dan tenaga pengajar ambil gambar dulu sebelum balik

Sian pakcik ni. Sampai xmuat kereta. Sabo ye pakcik. Usaha tangga kejayaan.
p/s: Seronok tengok bakal-bakal usahawan ni bakal mengubah nasib mereka...(^_^)

»»  Baca Lagi...

June 25, 2012

[Video] Skill Manusia Yang Superb..!!

Malam sudah semakin lewat.Tapi mata hamba masih tak reti-reti mau tido. Pe lagi, bukak komputer, layan pe yang patut.. huhu. Buka youtube, cari pastu search. Pastu hamba terjumpa video manusia yang mempunyai kemahiran yang amat hebat.Tak sangka ek? Tak payah masuk world record pun. Hamba amat kagum dengan skil dan kepantasan manusia. Ada kalanya, hampir tak terfikir dek akal.
Gambar berhias.  hehe... Tapi memang terjadi di Kapit, Sarawak
So, tanpa membebel lagi, check out video manusia-manusia yang hebat ini.


Ade lagi la... Kali ni pergi Jopun lak.


Berani tak buat macam beliau nih? salute abis. huhu... angkat bata pakai kepala jer.


»»  Baca Lagi...

Bayi N Kucing Yang Super Cute..!!

Assalamualaikum.. Hari ni hamba agak-agak takde mood nak kerja. Biasa la lazy monday. hehe.. So, hamba mau menjamu mata dengan antara binatang yang paling cute kat dunia ni beraksi bersama baby iaitu golongan manusia yang paling cute kat dunia. haha..

Terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Google kerana memberikan hamba pic-pic ni.

Check out pic-pic kat bawah ni. Comel tak?

hambapunyeblog.blogspot


I’ve never so badly wanted to be the little spoon











Opss... ade 1 lagi yang menarik. Video dimana seekor kucing menidurkan seorang bayi. Check out..!!







»»  Baca Lagi...