July 31, 2012

Nak Menipu Biar Bijak

Sebuah syarikat e-commerce Malaysia iaitu ehem-ehem.. (sendiri mau baca la kan? hehe) secara tidak sengaja telah memberi komen mengenai servis yang bagus syarikat tersebut (kononnya) tanpa menukar FB nya terlebih dahulu. Dalam bahasa mudahnya, nak menyamar jadi pengguna fb lain bagi menyokong syarikat tersebut. Tapi, terpakai fb admin lak. haha..

Semenjak beberapa bulan ini, syarikat ini banyak menerima aduan dari orang ramai mengenai servis yang lambat dan tidak menerima barang yang dipesan walaupun telah berbulan dipesan. Dah la kena bayar dulu. Ish2.. Mungkin kerana hendak menutup kelemahan syarikat ini, maka komen palsu cuba diwujudkan.


Tula, nak menipu orang lagi. Lain kali, tukar la FB tu dulu. Kan dah menjejaskan kredibiliti syarikat sendiri.. haha..

Sumber: Disini
»»  Baca Lagi...

July 27, 2012

Jom Tengok..!! Kucing Menidurkan Bayi

Rasa-rasanya la, kita patut mempelajari sesuatu dari kucing ni kan? hehe.. Video ini telah mencapai rating sehingga 8 juta lebih viewers sejak tahun 2011. Kucing ini membelai bayi ini seolah-olah cuba memujuk bayi untuk tidur. Memang menakjubkan dan sangat cute. hehe..

Jom check it out..!!




p/s: nak juga cuba kat anak saudara hamba. Tapi makin melalak ade la.. haha..

»»  Baca Lagi...

July 25, 2012

Dibelasah Gara-Gara Menyembelih Kucing

Seorang lelaki di Mombasa telah dibelasah secara berjemaah oleh penduduk di Kongowea Estate apabila beliau didapati sedang menyembelih seekor kucing. Rafael Mrefu yang berumur 31 tahun ditangkap semasa sedang menyembelih kucing itu di tempat pembuangan sampah dan dibawa ke pejabat pegawai daerah. 

Laporan mengatakan bahawa  beliau mungkin menggunakan daging kucing itu untuk dicincang dan dijadikan sebagai salah satu inti samosa. 

p/s: nak potong kos pun agak-agak la.. pakai la daging murah ke.. kan dah dapat telur sebijik kat mata tu.. haha..






»»  Baca Lagi...

July 23, 2012

Gambar Ujian Ultrasound Yang... Err.. Tengokla..

Kepada bakal-bakal menjadi ibu dan bapa, keajaiban gambar ultrasound yang macam ni mungkin menyebabkan anda terperanjat. Akan tetapi, ianya adalah satu perkara yang biasa. Tapi, bukan mudah juga nak dapat pic-pic macam ni.

Papepun, jom layan pic yang amazing nih..!!












ha... yang last ni memang mengarut la k? hehehe...








»»  Baca Lagi...

July 19, 2012

Selamat Datang Wahai Bulan Ramadhan Yang Mulia


Bulan Ramadhan, bulan suci yang penuh berkah, bulan yang penuh pengampunan. Bulan puasa merupakan bulan yang selalu dinanti oleh umat Muslim setiap tahunnya. Bagi umat Islam, menjalankan ibadah puasa ramadhan merupakan suatu kewajiban. 

Arab :
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضشـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ


Lafadz:
Nawaitu saumagadin an'adai fardisyahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala.

Ertinya:
"Sengaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"

So, kepada umat Islam yang membaca blog ini, hamba mengucapkan terima kasih dan selamat menunaikan ibadah puasa.  Carilah keredhanNya serta tambahkan amalan-amalan sunat mengikut sunnah Rasulullah di bulan yang mulia ini. Assalamualaikum...

 
»»  Baca Lagi...

Adoyai..!! Kucing Pun Boleh Jadi Datuk Bandar ke?

Seorang.. eh, silap. Seekor datuk bandar baru-baru ini telah menyambut tahun ke-15 sebagai datuk bandar Talkeetna, Alaska. Seekor ye... Ini adalah kerana datuk bandar pekan Talkeetna itu adalah seekor kucing yang bernama Stubbs..!!

Ianya bermula 15 tahun dahulu apabila penduduk Talkeetna sudah muak dan bosan dengan datuk bandar mereka pada masa itu. Kemudian Stubbs pada masa itu telah sengaja dicalonkan dan akhirnya menang..!!

Populariti Stubbs sebagai seekor mayor memang hebat sehinggakan beliau mempunyai laman facebook sendiri. Lihat Sini. Ianya sudahpun mempunyai lebih 3000 rakan dalam facebook; melebihi populasi Talkeetna yang hanya mempunyai 900++ penduduk sahaja. Selain itu, ianya juga merancakkan industri pelancongan di sana. Menurut laporan media tempatan, lebih kurang 40 orang pelancong datang setiap hari ke Nagleys Store, iaitu tempat melepak mayor ini untuk bertemu secara langsung. Ha.. hebat tak? Anda ade? Takde kan... haha..

Papepun, jom check out pic datuk bandar baru-baru ini sempena tahun ke-15 penglibatan beliau.











p/s: adakah kucing lebih baik dari manusia? hmm.....

»»  Baca Lagi...

July 18, 2012

[Video] Aksi Clear Bola Yang Tragis

Hamba tak pasti video ini diambil pada tahun bila. Akan tetapi, memang epik. haha.. Kerana sebiji bola, muka jadi taruhan. Kalau goal keeper, ok lagi. Boleh la juga pakai tangan. haha..Cristiano Ronaldo pun belum tentu boleh buat macam ni. Memang patut la player camni dibayar mahal. 

Kredit kepada bentak87 yang upload video ni. Papepun, jom layanzz



»»  Baca Lagi...

July 17, 2012

Segmen Promote Blog by Jal

Hari ini untuk pertama kalinya (cis..!! skema) hamba cuba-cuba join segmen promote blog.. haha..  Yela.. blog tak famous pun. Nak cari rakan-rakan baru. Siapa-siapa blogger yang sudi join, silalah klik banner di bawah ni ye.. Mudah sahaja:

>>> Klik banner orang "malas" ni sebelum 24 Julai.
>>> Ikut arahan di blog http://sayagilerpurple.blogspot.com
>>> Selepas itu, link anda akan dipromotekan oleh beliau.


Sekian, terima kasih.....
»»  Baca Lagi...

Tumor Seberat 90 Kg..!!

Nguen Duy Hai, 31, adalah seorang lelaki yang sangat tabah. Beliau telah menghidap penyakit tumor yang amat jarang sekali berlaku tatkala beliau berumur 4 tahun lagi. 15 tahun yang lepas, kaki kanan beliau terpaksa dipotong bagi mengelakkan tumor tersebut merebak tetapi gagal. Pada tahun-tahun seterusnya, tumor tersebut semakin membesar dan menyukarkan beliau.

Pada tahun 2011, seorang pengarah dan produser filem, Andrew Nock mendedahkan kesengsaraan yang dialami oleh Nguen Duy Hai. Ia serta merta menarik perhatian dunia mengenai kesengsaraan beliau. Pada  Jan 2012, Hai telah menjalani pembedahan khas selama 12 jam diketuai oleh Dr. Mckinnon, iaitu doktor yang terkemuka dalam bidang pembedahan plastik dan body recontsructive surgery. Pada waktu ini, tumor tersebut telah pun menjangkau berat sehingga 90 kg!! Meskipun banyak kehilangan darah, pembedahan tersebut berjaya membuang tumor tersebut.


record-breaking smile remarkable nguyen duy hai living life scariest tumor





hai

hai




hai

hai12 Nguyen Duy Hai, with 82 kg tumor removed, to celebrate Tet at home

hai3 Nguyen Duy Hai, with 82 kg tumor removed, to celebrate Tet at home

Nguyen Duy Hai, 32, has fully recovered after the renowned Chicago-based surgeon, McKay McKinnon, removed his 180-lb tumor on January 5.


»»  Baca Lagi...

[Video] Pengacara Talk Show Yang Fail..!!

Eric Hartman merupakan seorang pengacara di dalam rancangan Boemerang, iaitu sebuah rancangan talkshow Denmark yang memaparkan mengenai masalah masyarakat dan sebagainya. Pada sebuah episod rancangan ini yang membawa topik berkenaan dengan medical failure, Eric Hartman telah mewawancara 2 orang mangsa bagi kes medical failure.Salah seorangnya ialah Valair yang menghadapi masalah peti suara rosak selepas satu pembedahan kecil.

Mungkin kerana suara Valair yang agak ganjil, beliau secara tidak sengaja telah mentertawakan tetamu jemputan beliau itu. haha.. Cover-cover la sikit bro.. Jom kita layanzzz..!!
Pengacara yang fail..!! Eric Hartman


p/s: kalaula hamba yang jadi guest tu, silap-silap lempang je muka si eric nih. haha.. 

»»  Baca Lagi...

July 12, 2012

Wanita Ini Meminum 25 Liter Air Sehari..!!

Sasha Kennedy mempunyai satu ketagihan luar biasa terhadap air kosong. Selalunya, doktor mencadangkan manusia patut meminum 8 gelas air minuman dalam sehari. Akan tetapi, Sarah Kennedy boleh meminum sehingga 25 liter dalam masa 24 jam. Atau dalam erti kata lain, meminum 100 gelas sehari..!! Anda boleh? haha...

Beliau setakat ini tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Doktor pun tidak dapat mengenalpasti punca beliau meminum air sebanyak itu dalam sehari. Satu-satunya masalah beliau adalah beliau perlu kerap ke tandas kadangkala sehingga 40 kali sehari. Beliau juga perlu bangun tidur sekurang-kurangnya 5 kali semalam kerana perlu ke tandas ataupun meminum air.




p/s: mau pecah perut hamba kalau minum banyak camni. haha..
»»  Baca Lagi...

July 10, 2012

Sanggupkah Anda Duduk Di Tempat Sesak Macam Ini?

Kowloon Wall City, Hong Kong ialah kawasan yang berkepadatan penduduk paling tinggi suatu ketika dahulu. Ianya mempunyai kepadatan seramai 50,000 orang di kawasan seluas hanya 6 ekar sahaja. Ianya juga merekodkan antara tempat jenayah yang tertinggi di Hong Kong dengan kediatan kongsi gelap, dadah dan pelacuran. 

Bangunan ini mula dirobohkan pada tahun 1993 dan dibangunkan semula sebagai sebuah tempat pelancongan yang diberi nama Kowloon Walled City Park .











Kowloon City Park

p/s: untuk soalan kat tajuk tu, hamba rasa memang tak sanggup kot nak dok kat sini. hehe..

»»  Baca Lagi...