Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

November 22, 2012

Hilang Akal Atau Hilang Kesedaran?

Assalamualaikum..
Suatu hari yang tidak dinamakan itu, hamba pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara di Seremban nak buat kad pengenalan yang dah lama hancur ditelan zaman. Tengah nak buat mykad tu, hamba pergilah masuk ke toilet jap. Ternampak pulak hamba tulisan vandalisme kat pintu tandas ni. Dan yang lebih buat hamba agak tersinggung, boleh pula penulis vandalisme ini menyokong yahudi.

Ya Allah..

Tak hamba sangka ada orang Malaysia yang menyokong yahudi laknatullah ni. Dah la buat vandalisme sesuka hati, tak bersyukur langsung. Moga-moga Allah meniupkan kesedaran di dalam hati beliau. Amin..
»»  Baca Lagi...

September 29, 2012

Video Inspirasi: Susan Boyle

Tengah dok godek-godek laman Youtube, entah kenapa tergerak hati hamba nak buka video British Got Talent semasa di awal kemunculan Susan Boyle. Sebelum ini, beliau adalah seperti seorang yang selalu dipandang rendah oleh masyarakat. Tengok sajalah semasa beliau mula-mula baru sahaja menjejakkan kaki ke pentas British Got Talent. Hampir semua penonton tersenyum sinis. Tidak seorang pun yang percaya apabila beliau ingin menyanyikan lagu I dream a dream nyanyian Les Miserable. Tambahan pula beliau tidak mempunyai pakej penampilan yang sesuai sebagai penyanyi.

Tapi, apabila beliau mula menyanyi, para juri dan penonton bangun memberikan tepukan yang gemuruh disebabkan bakat beliau, sehinggakan salah seorang juri memberikan komen "Susan Boyle…the biggest YES has ever been given in Britains Got Talent…" dan seorang lagi juri, Simon Powell mengatakan  “Susan, you can go back to the village with your head held high, its 3 Yesses!”

Sehingga kini, video semasa Susan Boyle semasa audition telah ditonton lebih 100 juta kali di laman Youtube.

So inspirational...(^_^) (sambil berangan. haha..)

Susan Boyle




»»  Baca Lagi...

September 28, 2012

Blog Review By Piko

l

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni hamba menyertai sebuah segmen yang dikendalikan oleh bro Piko. Syarat-syarat penyertaan mudah sahaja:
  • Klik ke Ini Blog Piko
  • Buat satu post mengenai Blog Review By Piko
  • Bermula pada 20/9/2012 sampai 30/10/2012
Jom la join sekali untuk menambahkan followers anda dan berkenalan. hehe..


»»  Baca Lagi...

September 26, 2012

Lepaking @ Nasi Beriani Gam Prima Tanjung Malim

Assalamualaikum dan salam sejahtera..(^_^)

Sebelum ni, hamba dengar-dengar je tempat ni agak best. Namun masih belum berkesempatan nak pergi lagi. And then, semalam tiba-tiba kena outstation ke sana. So, pe lagi? Mai la pekena beriani. hehe..

Makan kat sini pun boleh tahan sedapnya. Macam-macam lauk beriani ada. Owner die pun original made in Pakistan. hehe.. So, memang ada pengaruh Pakistan dalam masakan dia. Yang menariknya restoran ni, lauk pauk anda boleh ambil terus dari dalam periuk besar yang baru dimasak. Banyak lak tu.


Tom Yam udang galah banjir. Bunyi macam menarik. Tapi menu ini hanya dibuka untuk waktu malam je. adoi.. tak dapat nak rasa. ( sori tak berapa jelas.. ambil pakai kamera handphone )


besar periuk kak? Jenuh la nak membasuh lepas tutup kedai ni..

Ayam gam

Ayam masak merah


Beriani gam daging

Beriani gam ayam


beriani gam kambing

Harga? huk aloh.. boleh la tahan.

»»  Baca Lagi...

September 24, 2012

Lazy Monday @ Sleepy Monday


Hari ni merupakan hari Isnin @ Lazy Monday / Sleepy Monday. haha.. Yela, lepas cuti sabtu dan ahad, kan? Dah elok bersenang lenang, pastu kena sambung kerja balik. Fenomena ini bukan pada diri hamba sahaja. Bahkan ramai orang yang mengalami lazy monday ni. Tapi, rezeki perlu dicari. Nak taknak, terpaksa la juga bekerja untuk menyara diri.


Agak-agaknya la kan, kalau diberi peluang, mau jadi macam diorang ni agaknya. Wa.. bukan main sodap lagi tido. haha..









Kalau yang jenis macam ni, nobita pun kalah. haha..




»»  Baca Lagi...

September 13, 2012

Iklan Suatu Petang Itu...

Ada-ada saja cara orang sekarang ini hendak mendapatkan duit secara mudah dan senang tanpa perlu berusaha. Hello bro.. mana ada orang yang macam tu. Kesenangan bermula dengan kepayahan. Berapa ramai diantara kita yang hidup senang tanpa berusaha? Lainla kalau memang dah senang, kan? Sebab itulah spesis orang macam ni sentiasa mencari jalan yang mudah untuk menjadi kaya. Salah caranya yang confirm-confirm haram dengan main nombor KTM @ nombor Kuda Toto Magnum. 

Dan sekarang ni, tengok. Siap boleh buat iklan dan hantar rumah ke rumah lagi. haha.. Punyalah hamba rasa terkesima (eceh!) masa balik dari kerja. Rasa nak gelak pun ada. Kadang-kadang hamba fikir juga, kenapa orang yang boleh meramal nombor ni tidak membelinya sendiri? Lagi senang. Tak payah kerja. Confirm kena. hehe..


Sorry ye.. Kena cencored sikit nombor telefon tu. Nanti takut ada yang gatal tangan mau telefon. hehe..

Siap ada testimonial lagi


Apapun, kita sebagai orang Islam, berjudi adalah salah satu dari dosa besar apatah lagi untuk menyekutukan Allah. Ada otak fikirlah sendiri ok?

»»  Baca Lagi...

September 12, 2012

Al-Fatihah: Genap 100 Hari Pemergian Blogger Allahyarhamah Yasmin Johan Eusoffe


Sedang hamba melihat blog-blog yang lain, hamba terpanggil untuk melihat sebuah page seorang blogger yang sudah meninggalkan alam fana ini. Sebak hati hamba bila melihatkan tulisan-tulisan dalam blog tersebut. Ianya memaparkan keluhan seorang ibu yang sangat merindui anaknya yang telah pergi. Tak dapat hamba bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu yang sangat tabah.

Blogger yang hamba maksudkan adalah Allahyarhamah Yasmin Johan Eusoffe iaitu pemilik blog http://www.misschronicz.blogspot.com/. Dan hari semalam 11 September 2012 genap sudah 100 hari beliau meninggal dunia. Dan sekarang ini, ibu arwah yang mengemaskinikan blog arwah.

Ini antara tulisan pada blog tersebut yang sangat menyentuh hati:

"Hari-hari mendatang, mama akan terus lalui walaupun dalam kesukaran, doa-doa dari mama yang tiada hijapnya akan menguatkan mama yang satu hari di alam sana nanti, mama pasti akan bertemu along. Along tenang di alam sana ya, InsyaAllah, Allah maha mengetahui segalanya."

Anda boleh baca sendiri di blog tersebut dengan klik pada http://www.misschronicz.blogspot.com/

Al-Fatihah buat beliau. 

Allahyarhamah Yasmin Johan Eusoffe
»»  Baca Lagi...

July 31, 2012

Nak Menipu Biar Bijak

Sebuah syarikat e-commerce Malaysia iaitu ehem-ehem.. (sendiri mau baca la kan? hehe) secara tidak sengaja telah memberi komen mengenai servis yang bagus syarikat tersebut (kononnya) tanpa menukar FB nya terlebih dahulu. Dalam bahasa mudahnya, nak menyamar jadi pengguna fb lain bagi menyokong syarikat tersebut. Tapi, terpakai fb admin lak. haha..

Semenjak beberapa bulan ini, syarikat ini banyak menerima aduan dari orang ramai mengenai servis yang lambat dan tidak menerima barang yang dipesan walaupun telah berbulan dipesan. Dah la kena bayar dulu. Ish2.. Mungkin kerana hendak menutup kelemahan syarikat ini, maka komen palsu cuba diwujudkan.


Tula, nak menipu orang lagi. Lain kali, tukar la FB tu dulu. Kan dah menjejaskan kredibiliti syarikat sendiri.. haha..

Sumber: Disini
»»  Baca Lagi...

July 19, 2012

Selamat Datang Wahai Bulan Ramadhan Yang Mulia


Bulan Ramadhan, bulan suci yang penuh berkah, bulan yang penuh pengampunan. Bulan puasa merupakan bulan yang selalu dinanti oleh umat Muslim setiap tahunnya. Bagi umat Islam, menjalankan ibadah puasa ramadhan merupakan suatu kewajiban. 

Arab :
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضشـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ


Lafadz:
Nawaitu saumagadin an'adai fardisyahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala.

Ertinya:
"Sengaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"

So, kepada umat Islam yang membaca blog ini, hamba mengucapkan terima kasih dan selamat menunaikan ibadah puasa.  Carilah keredhanNya serta tambahkan amalan-amalan sunat mengikut sunnah Rasulullah di bulan yang mulia ini. Assalamualaikum...

 
»»  Baca Lagi...

July 17, 2012

Segmen Promote Blog by Jal

Hari ini untuk pertama kalinya (cis..!! skema) hamba cuba-cuba join segmen promote blog.. haha..  Yela.. blog tak famous pun. Nak cari rakan-rakan baru. Siapa-siapa blogger yang sudi join, silalah klik banner di bawah ni ye.. Mudah sahaja:

>>> Klik banner orang "malas" ni sebelum 24 Julai.
>>> Ikut arahan di blog http://sayagilerpurple.blogspot.com
>>> Selepas itu, link anda akan dipromotekan oleh beliau.


Sekian, terima kasih.....
»»  Baca Lagi...

June 28, 2012

Kelas Asas Pembuatan Cup Cake & Muffin

Baru-baru ni, kelas memasak cup cake diadakan oleh Cetusan Rasa Delight di ofis hamba untuk peserta-peserta Azam Kerja iaitu peserta yang terdiri daripada peserta yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Best woo... Pengajar untuk kelas ini adalah En. Saya Lupa Nama Dia. Sori.. haha.. Papepun, selain pembuatan asas cup cake, kelas ni mengajar peserta-peserta asas perniagaan, prospek yang berpotensi dan cara yang efektif untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan. Dengan hamba sekali join program ni. hehe... Terasa mau buat kat rumah pun ade.

Jom skodeng


Peralatan yang digunakan. Peserta dapat peralatan ni for free lor...

En. saya lupe nama tengah briefing peserta

Demo pun bermula

Sangat cantik kan? Bau pun best mase ni. Belum masuk oven lagi

Siap untuk masukkan dalam baking tray

Oven konvensional. Peserta dapat free. Untungnye...
Ready....

Yearghh.. uda masak dong

Asingkan dulu. Jap lagi mau letak icing kat atas

Buat muffin lak

Tada..!! dah siap

1st time tengok krimwell @ lemak sayuran
 Buat icing untuk topping cup cake tadi.


Letak krimwell, icing sugar dan butter sekali

Kemudian kacau selama dua minit

Letak pewarna mana-mana yang anda suka

Dah siap. Simple je nampak kan?

Pipe kan kat atas cup cake tadi

Dah siap..!! hehe..

Peserta dan tenaga pengajar ambil gambar dulu sebelum balik

Sian pakcik ni. Sampai xmuat kereta. Sabo ye pakcik. Usaha tangga kejayaan.
p/s: Seronok tengok bakal-bakal usahawan ni bakal mengubah nasib mereka...(^_^)

»»  Baca Lagi...

June 19, 2012

Food Not Bombs Malaysia


Hamba hari ini nak buat satu review mengenai Food Not Bombs Malaysia. Mesti ramai rakyat jelata kat Malaysia ni yang masih asing dengan NGO ni ek? Untuk pengetahuan, Food Not Bombs @ FNB ni telah ditubuhkan untuk memberi makan kepada individu-individu yang tidak berumah @ homefree people. Ianya merupakan usaha murni oleh sekumpulan individu yang prihatin terhadap nasib homeless people. Berikut adalah tujuan FNB ini ditubuhkan yang hamba ambil dari http://fnbkl.blogspot.com/

Food Not Bombs Kuala Lumpur (FNBKL) is an independent, do-it-yourself, non-hierarchical collective consisting of a number of individuals who organize and participate in the collection, preparation and distribution of free food for the city's homeless & destitutes.

We believe that hunger and poverty are not necessary, especially in a society which disposes of so much perfectly edible and safe foodstuff out of commercial interest. We save and recycle "commercially-unwanted" foodstuff by gathering it from commercial outlets around town. We will then cook and serve free meals on the streets of KL every weekend.

We do this as a form of protest and also in order to raise awareness to the problems of wastage and unfair food distribution in our society. We also aim to empower the urban homeless & destitute community with solidarity, knowledge and basic living skills.

Help is always needed from you. We are in constant need of your solidarity, donations and manpower to keep this activity consistent and effective. We are thankful for anything which you can help us with, and appreciate your efforts in providing our fellow human beings struggling on the streets with their basic needs which the society at large took for granted.

We all look forward to working with you to tilt the scale back to equality.

Contact us at: free_foods@yahoo.com


Hamba agak berminat dengan pergerakan kumpulan ini yang membantu orang-orang yang hidup merempat di jalanan. Walaupun dengan pemberian makanan dan baju bundle sahaja. Tapi, at least kita dapat membantu golongan-golongan ini kan? 

Akan tetapi, pergerakan ini semacam terhenti pada pertengahan tahun 2009. Laman blog FNB ini pun terhenti mengemaskini blog pada tahun 2009. Hamba harap pergerakan NGO seperti ini dapat diteruskan lagi untuk kita membantu golongan yang kurang bernasib baik. 

Dibawah adalah gambar-gambar FNB in action. Pic ini adalah dari sekitar tahun 2008.

P/S: Tabik Spring toing-toing ngan Food Not Bombs Kuala Lumpur. 



























»»  Baca Lagi...