Sedang hamba melihat blog-blog yang lain, hamba terpanggil untuk melihat sebuah page seorang blogger yang sudah meninggalkan alam fana ini. Sebak hati hamba bila melihatkan tulisan-tulisan dalam blog tersebut. Ianya memaparkan keluhan seorang ibu yang sangat merindui anaknya yang telah pergi. Tak dapat hamba bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu yang sangat tabah.
Blogger yang hamba maksudkan adalah Allahyarhamah Yasmin Johan Eusoffe iaitu pemilik blog http://www.misschronicz.blogspot.com/. Dan hari semalam 11 September 2012 genap sudah 100 hari beliau meninggal dunia. Dan sekarang ini, ibu arwah yang mengemaskinikan blog arwah.
Ini antara tulisan pada blog tersebut yang sangat menyentuh hati:
"Hari-hari mendatang, mama akan terus lalui walaupun dalam kesukaran, doa-doa dari mama yang tiada hijapnya akan menguatkan mama yang satu hari di alam sana nanti, mama pasti akan bertemu along. Along tenang di alam sana ya, InsyaAllah, Allah maha mengetahui segalanya."
Anda boleh baca sendiri di blog tersebut dengan klik pada http://www.misschronicz.blogspot.com/
Al-Fatihah buat beliau.
Allahyarhamah Yasmin Johan Eusoffe |
thanks for the sharing
ReplyDelete(^_^)
ReplyDelete