June 2, 2012

RC Drift (Radio Control)

Semakin hari semakin menarik lak tengok orang main rc  nih. Macam-macam ade. Dari kapal terbang ngan heli sampai la ke trak rc yang boleh jalan 2 alam ( darat dan air ). Amazing gile..!! Tapi hamba lebih berminat ngan rc drift. Then kene buat la research sikit nampaknye... tak boleh tahan tengok yang jenama Tamiya dan Yokomo. Boleh capai ribu-ribu. Adeh... Kemudian ade juga jenama yang murah sedikit tapi masih berkualiti seperti HPI Racing, Kyosho dan Xmods.

Kereta rc ni pun ade saiz-saiznya sendiri iaitu:

  • 1/8 (Agak besar)
  • 1/10 (Standard)
  • 1/18 (Agak kecil)


Jika diperhatikan, kereta rc secara asasnya ia dibahagikan kepada 2 iaitu:

  1. Bodyshell (Badan Kereta)
  2.  Chasis (Rangka kereta)
Untuk bermain rc drift, ianya memerlukan chasis All Wheel Drive (AWD). Biasanya, chasis ini dijual secara berasingan (bergantung kepada model). Biasanya, untuk fc drift ni juga, selalunya akan menggunakan kereta berkuasa bateri, mungkin kerana penyelengaraannya lebih murah berbanding dengan nitro dan juga kesesuaiannya dengan permainan rc drift. Ini kerana aksi rc drift lebih mengutamakan skil daripada kelajuan kereta.

Sampai ini saje la hamba dapat kongsi serba sedikit mengenai RC Drift ni. Apepun, check it out video yang buat hamba geram gile dengan rc nih.


Antara kereta-kereta kelab rc di Malaysia




























haha... amacam? cool giler yang las ni. 

2 comments: