Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

December 5, 2012

Air Umbrella: Payung Berteknologi Tinggi?

Sebuah payung telah dicipta oleh Je Sung Park dan Woo Jung Kwon (tak pasti la orang Korea atau Jepun) yang tidak menggunakan kanvas. Ianya hanya menggunakan aliran angin dari bawah payung itu dan disemburkan ke atas bagi membentuk satu lapisan untuk menghalang air hujan dari menuju ke arah penggunanya. Ianya mempunyai controller di bawahnya untuk menaik atau menurunkan aliran angin bagi menyesuaikan dengan kelajuan air hujan. 

Ciptaan yang agak menarik. Akan tetapi, banyak la nak guna bateri nanti. Tak ke parah ke kalau tengah hujan lebat, bateri habis? hehe.. 





»»  Baca Lagi...

December 4, 2012

Dinding Yang Bermuzik Ketika Hujan

Sebuah kawasan di Jerman, Neustadt, terdapat sebuah bangunan yang diberi nama Kunsthofpassage Funnel Wall dimana apabila hujan turun, ianya akan mengeluarkan bunyi-bunyian muzik yang unik.







»»  Baca Lagi...

October 9, 2012

Patung Yang Tidak Bermoral Di England

Sebuah tempat di England, Ilfracombe telah didirikan satu patung wanita mengandung tidak berpakaian setinggi 65 kaki oleh pihak berkuasa tempatan. Ianya mencetuskan rasa tidak puas hati kepada penduduk tempatan. Patung itu yang dikenali sebagai The Belly Of The South itu dicipta oleh seorang artis yang bernama Damien Hirts, yang meminjamkan patung itu kepada bandar itu selama 20 tahun. 

Semenjak patung itu didirikan minggu lalu, lebih kurang 100 laporan dibuat oleh penduduk tempatan yang tidak mahukan patung tersebut diletakkan di dalam bandar mereka. Ianya seolah-olah melambangkan sikap yang tidak bermoral dan sangat menjijikkan.








Damien Hirst


p/s: bukti yang mempamerkan masyarakat barat semakin kurang akal. Dah tak ada patung lain ke nak buat?
»»  Baca Lagi...

October 3, 2012

Awas..!! Illusi Optikal Yang Membuatkan Anda Juling Mata

Apakah yang anda nampak pada gambarajah di bawah? Wanita Sedang memegang bakul @ tengkorak?


 Lihat gambar ini selama 30 saat. Gambar sebenarnya adalah secara hitam putih. Akan tetapi, apabila anda memfokuskan kepada titik tengah, (semasa gambar ini berwarna) gambar hitam putih itu akan menjadi gambar yang berwarna

Nampak seperti garisan ini bersambung bukan? Hakikatnya, setiap bulatan ini tidak bersambung.

Fokuskan pandangan anda di tengah-tengah gambar ini. Anda akan mendapati titik kuning akan hilang

Fokukan pada titik tengah juga, anda akan mendapati kesemua titik pink akan hilang.

Cuba kira berapa orang di dalam gambar ini. Setelah ia berubah, kira sekali lagi. hehe..




»»  Baca Lagi...

October 2, 2012

Sedap..!! Oreo di China [16 Gambar]

Di China, pengeluaran biskut berjenama oreo banyak lebih banyak jenis dari Oreo di Malaysia. Mungkin kerana pasaran Malaysia agak kecil.


Oreo di Malaysia sekarang ini


Ni pula jenis-jenis Oreo di China


1. Original Flavour


2. Chocolate Creme


3. Strawberry



 4. Green Tea



5. Vanilla Ice Cream


6. Birthday Cake


7. Raspberry / Blueberry


8. Manga / Orange


9. Grape / Peach


10. Strawberry Oreo Soft Cookie


Di China juga, brand Oreo ini juga menawarkan coklat-coklat ala kit kat bar.





p/s: Warghhh..!! Sedap...!! hamba adalah penggemar biskut Oreo + Aiskrim







»»  Baca Lagi...

October 1, 2012

Stesen Berita Menyiarkan Kes Bunuh Diri Secara Langsung..!!

Stesen Berita Fox News pada Jumaat lalu telah secara tidak sengaja merakan satu kejadian bunuh diri. Ianya berlaku kerana kesilapan kru-kru televisyen terbabit yang kurang peka semasa rakaman langsung itu disiarkan.

Akhirnya Shepard Smith, pembaca berita yang bertugas pada masa itu, memohon maaf secara terbuka kepada semua orang yang menonton rancangan tersebut.

'That was wrong, and that won't happen again on my watch, and I'm sorry,'





»»  Baca Lagi...

September 30, 2012

Video Skill: Teppanyaki Chef @ Hibachi

Teringat semasa bekerja di sebuah restoran jepun 7 tahun lepas. Masa tu hamba baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan katering.; Mula-mula masuk, memang hapah pun tak faham.  haha.. Yela, bahasa Jepun kot. 3 bulan masuk kerja, otak blank. Alhamdulillah masa tu chef-chef pun faham budak baru mahu belajar. hehe.. Last-last, dapat juga hamba menguasai masakan Jepun masa tu. Kalau yang sekarang ni tak tau la macam mana. haha.. Silap-silap pisau terbang ke dada.

Apapun kerja seorang teppanyaki chef @ hibashi memang best. Tapi, perlu diingat. Untuk menguasai skill pisau, fork dan spatula ni kena belajar dulu. Ianya boleh menjadi sangat bahaya. 


Gambar dan video ini adalah seorang warga Indonesia berketurunan Batak yang berhijrah ke US. Pada asalnya, beliau adalah seorang kelasi kapal, dan akhirnya bekerja dan menetap di New York sebagai seorang hibashi chef di sebuah restoran Jepun yang terkemuka di New York. Beliau ini sangat terkenal disebabkan kemahiran beliau sebagai hibachi chef sehingga mendapat nama jolokan Sinaga Jack Tamagucci.









»»  Baca Lagi...

September 28, 2012

Kerja Gila: Buaya Ini Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang Kanak-Kanak


Apa perasaan anda apabila seekor buaya dilepaskan ke dalam kolam renang dan membenarkan anak anda bermain dengan reptilia ganas itu? Memang takkan bagi punya la kan? hehe.. Itulah yang terjadi di Madeira Beach, Florida.

Dengan hanya USD175, Bob Barret, iaitu seorang pengusaha taman buaya akan membawa seekor alligator dan kemudiannya akan melepaskan reptilia itu berenang bebas di dalam kolam renang pelanggannya.  Ianya bertujuan untuk memberikan suasana yang berlainan kepada pelanggannya yang ingin mengadakan majlis untuk anak mereka. Beliau juga berkata ianya selamat memandangkan mulut haiwan itu telah ditutup menggunakan pita perekat khas untuk binatang. Selain sebagai hiburan, beliau juga memberikan penerangan mengenai isu keselamatan dan informasi berkenaan dengan haiwan berkenaan..







p/s: jangankan kata budak-budak, hamba sendiri pun tak berani. haha.. Korang bagaimana?
»»  Baca Lagi...

September 26, 2012

Parasit Ikan Yang Menakutkan

Semakin pelik binatang kat dunia ni bila melihatkan parasit yang boleh melekat pada lidah ikan. Geli pun ada. So, banyak benda mengenai bumi ciptaan Allah ni yang masih kita tidak ketahui.


Parasit ini dikenali sebagai cymothoa exigua. Ianya memasuki mulut ikan tersebut dan melekatkan dirinya pada lidah ikan itu. Seperti parasit yang lain, ianya menghisap darah ikan-ikan yang ditumpangi secara perlahan-lahan. Apabila semakin lama ia melekat pada lidah ikan itu, semakin kurang kadar darah yang mengalir pada lidah ikan tersebut. Jadi, lama kelamaan fungsi lidah ikan itu mati dan parasit tu menggantikan dirinya menjadi lidah ikan terbabit. Ikan yang menjadi mangsa tumpangan parasit tidak menghadapi masalah menggunakan parasit tu sebagai lidahnya. Ini kerana parasit unik ini tidak menggangu makanan yang dimakan ikan tu. Setakat ini, hanya spesis ini sahaja yang diketahui boleh menggantikan organ binatang yang ditumpang olehnya.

p/s: tak boleh hamba bayangkan jika lidah hamba bertukar jadi camni. Makan pun tarak lalu woo.. lidah siap berkaki lagi.







 



»»  Baca Lagi...