Semakin pelik binatang kat dunia ni bila melihatkan parasit yang boleh melekat pada lidah ikan. Geli pun ada. So, banyak benda mengenai bumi ciptaan Allah ni yang masih kita tidak ketahui.
Parasit ini dikenali sebagai cymothoa exigua. Ianya memasuki mulut ikan tersebut dan melekatkan dirinya pada lidah ikan itu. Seperti parasit yang lain, ianya menghisap darah ikan-ikan yang ditumpangi secara perlahan-lahan. Apabila semakin lama ia melekat pada lidah ikan itu, semakin kurang kadar darah yang mengalir pada lidah ikan tersebut. Jadi, lama kelamaan fungsi lidah ikan itu mati dan parasit tu menggantikan dirinya menjadi lidah ikan terbabit. Ikan yang menjadi mangsa tumpangan parasit tidak menghadapi masalah menggunakan parasit tu sebagai lidahnya. Ini kerana parasit unik ini tidak menggangu makanan yang dimakan ikan tu. Setakat ini, hanya spesis ini sahaja yang diketahui boleh menggantikan organ binatang yang ditumpang olehnya.
p/s: tak boleh hamba bayangkan jika lidah hamba bertukar jadi camni. Makan pun tarak lalu woo.. lidah siap berkaki lagi.
wooo peliknya...geli plak tgk..ahhaa
ReplyDeletehah, goreng pun sodap.
Delete