June 3, 2012

Kerjaya Kelasi Kapal

Dengan selsema hamba yang masih belum pulih, hamba teruskan tulis blog ni gak. Eceh, poyo.. haha.. Sebenarnya hamba terjumpe 1 blog berkenaan dengan pekerjaan sebagai kelasi kapal. Pekerjaan ini bagi hamba amat menarik untuk hamba berkongsi dengan audience. Mungkin hamba beranggapan ramai antara kita rakyat Malaysia yang masih tidak tahu mengenai cara-cara untuk memasuki pekerjaan yang sebegini. Oleh tu, hamba ingin share serba sedikit mengenai pekerjaan dalam industri perkapalan.

Industri perkapalan ini sangat meluas di Malaysia ni. Hamba pernah bertanya kepada seorang pemilik syarikat perkapalan di Malaysia ni. Beliau memaklumkan bahawa terdapat banyak kekosongan jawatan untuk diisi lagi. Beliau menganggarkan sebanyak 50,000 kekosongan sebagai kelasi kapal pelbagai jawatan yang mahu diisi. 50,000 jawatan tu..!!! bukan sikit tu.. So, kepada sesiapa yang berminat, hamba share kan artikel ini untuk tatapan anda. Enjoy...(^_^)



Industri maritim (baca: perkapalan) memang luas peluangnya. Bagi anak muda yang sukakan cabaran, dan berhajat melihat dunia, ini adalah peluang yang tidak wajar dilepaskan. Bagi mereka yang memiliki kelayakan akademik yang baik, bolehlah melanjutkan pelajaran dalam bidang sains nautika atau kejuruteraan marin untuk menjadi seorang pegawai dan jurutera di kapal. Namun demikian, bagi mereka yang kurang berjaya dalam prestasi akademik, masih lagi ada jalan lain untuk turut sama mejelajahi samudera yang terbentang luas dan penuh keterujaan itu.

Caranya adalah dengan menjadi kelasi kapal. Kelasi kapal adalah anak kapal melakukan pelbagai tugas  dalam membantu pegawai dan jurutera. Tugas-tugas mereka bergantung di bahagian mana mereka bekerja di kapal. Biasanya, bahagian pekerjaan di kapal dibahagikan kepada 3 iaitu bahagian dek/navigasi, enjin dan sajian.

Dek – membantu tugas navigasi di anjungan, penyelenggaraan dek dan struktur kapal (menyerpih dan mengecat), mengendali kren, tugas menambat dan bersauh, operasi kargo dan lain-lain

Enjin – membantu jurutera dalam pengawasan bilik enjin, penyelenggaraan enjin utama, generator, mesin dan peralatan, kebersihan bilik enjin dan lain-lain

Sajian – sebagai tukang masak atau pembantu tukang masak, kebersihan kediaman dan lain-lain

Selain itu, keperluan terbaru dalam Kod STCW akan mewujudkan jawatan kelasi juruelektrik yang tugasnya membantu jurutera elektrik dalam tugas-tugas berkaitan elektrik dan elektronik.
Jadi, apakah langkah pertama anda untuk menjadi seorang kelasi?

1. Memilik Kad Pelaut dan Buku Perkhidmatan Pelaut.
Permohonan Kad Pelaut hendaklah dibuat di Jabatan Laut Malaysia. Pergi ke mana-mana pejabat laut yang mempunyai kemudahan sistem SDPX, dan kad pelaut dapat dibuat. Kad Pelaut merupakan satu dokumen pengenalan diri sebagai pelaut dan menyimpan data-data peribadi seseorang pelaut. Dokumen yang diperlukan untuk memohon kad ini adalah salinan kad pengenalan, gambar berukuran passport dan laporan pemeriksaan perubatan. Buku perkhidmatan pelaut pula merupakan satu rekod bagi menyimpan segala maklumat berkaitan pengalaman kerja seseorang pelaut.

Ringkasan

Kad Pelaut – RM50+Salinan Kad Pengenalan+Gambar+LaporanPemeriksaan Perubatan

Buku Perkhidmatan Laut – RM30

Laporan Pemeriksaan Perubatan – RM120 hingga RM200. Perlu dibuat di klinik-klinik yang diiktiraf oleh Jabatan Laut.

2. Kursus Asas Keselamatan /Basic Safety Training (BST)
Kursus ini adalah kursus wajib yang perlu dijalankan sebelum boleh mula bekerja di kapal. Kursus ini berlangsung selama 5 hari yang merangkumi latihan-latihan ikhtiar hidup di air, asas pertolongan cemas, mencegah dan melawan kebakaran serta tanggungjawab keselamatan. Sijil kursus ini hanya dikeluarkan oleh Jabatan Laut. Kursus ini boleh diikuti di mana-mana pusat latihan maritim yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia.

Selepas memiliki perkara-perkara wajib tadi iaitu; Kad Pelaut, Buku Perkhidmatan Pelaut dan Sijil BST, barulah seseorang boleh memulakan kerjaya sebagai kelasi kapal. Bagi merka yang berhajat belayar di atas kapal tangki (tanker ship), mereka juga perlu memiliki Sijil Latihan Kapal Tangki yang dipanggil Tanker Familiarization.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengutarakan satu permasalahan berkaitan usaha menjadi kelasi di kalangan anak muda sekarang. Anak muda yang bersungguh-sungguh menjadi kelasi kapal, apabila ditawarkan untuk mengikuti kursus berkaitan akan rasa sungguh teruja. Mereka ditawarkan kursus asas keselamatan (BST dan Tanker Familiarization) dengan harga yang agak murah dan dijanjikan pekerjaan setelah tamat kursus. Tidak dinafikan ada yang berjaya melaluinya, namun ramai juga yang terkandas kerana kursus yang dijalani (BST dan Tanker Familiarization) hanyalah merupakan latihan asas keselamatan sahaja.

Kursus yang paling utama adalah latihan kemahiran sebagai kelasi kapal. Tidak dinafikan bahawa kos bagi kursus-kursus kemahiran sebagai kelasi kapal adalah agak mahal, tetapi latihan asas keselamatan sahaja tidak mencukupi. Latihan kemahiran sebagai kelasi kapal amat penting kerana latihan sedemikian akan melatih bakal-bakal pelaut dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas yang akan dilaksanakan, bukannya hanya memiliki latihan asas keselamatan dan seterusnya berhajat belajar berkenaan kemahiran di atas kapal nanti.

Oleh itu, saya mencadangkan agar bakal-bakal pelaut baru hendaklah memiliki latihan kemahiran yang berkaitan terlebih dahulu supaya lebih mudah mendapat perkejaan nanti.
Berbalik kepada topik asal, disenaraikan Pusat-Pusat Latihan yang menawarkan Kursus Kemahiran Asas sebagai kelasi kapal.
  1. Akademi Laut Malaysia
    1. Able Seafarers Deck
    2. Able Seafarers Engine
    3. Able Seafarers Catering
  2. Ranaco Education & Marine Service
    1. Deck Rating
    2. Engine Rating
    3. General Purpose
    4. Marine Mechanic
  3. Pelita Maslaut
    1. Efficiency in Deckhand Course
    2. Efficiency in Marine Engineering
    3. Certificate in Marine Rating – Navigational
    4. Certificate in Marine Rating – Marine Engineering
  4. Institut Kemahiran MARA
    1. Sijil Kejuruteraan Maritim
    2. Sijil Teknologi Maritim
  5. Nadi Mahir
    1. Seafarers Deck Rating Course
    2. Seafarers Stewarding Course
Bagi kursus-kursus latihan asas keselamatan pula, hampir kesemua pusat-pusat latihan maritim yang diiktiraf oleh Jabatan laut menawarkan kursus berkenaan (BST dan Tanker Familiarization)
Sebagai rumusan, dirangkumkan keperluan asas yang dicadangkan untuk memulakan kerjaya sebagai kelasi kapal.
  • Kad Pelaut
  • Buku Perkhidmatan Pelaut
  • Basic Safety Training
  • Kursus Asas Kemahiran Kelasi
  • Tanker Familiarization (Untuk berkhidmat di atas kapal tangki)
  • Asas bahasa Inggeris (Untuk peluang berkhidmat di kapal asing)
Dengan memiliki keperluan ini, bakal-bakal pelaut bolehlah memohon untuk jawatan berikut;

Dek – Ordinary Seaman (OS) atau General Purpose Deck (GP Deck)

Enjin – Junior Rating (JR) atau General Purpose Engine (GP Engine)

Sajian – Steward

Selamat berjaya sebagai kelasi kapal. Kerjalah bersungguh-sungguh kerana peluang untuk peningkatan kerjaya masih lagi terbentang luas. Nantikan artikel terbaru Kelasi (2) bagi maklumat berkaitan persijilan bagi kelasi dan peluang menjadi pegawai dan jurutera kapal.

 p/s: huh, kalo hamba tau awal-awal, lepas hamba abis sekolah hamba dah apply. haha..

Rujukan hamba: Sumber

8 comments:

  1. Bagus info ni...mungkin ini rezeki org lain yg berminat kan..

    ReplyDelete
  2. salam...na tanya banyak,kalau dalam bidang sains nautika dan maritim seseorang tu akan berpeluang kerja sbgai engineer/pegawai je la kan?bkn sbgai kelasi kan?apa pula tugas2 engineer2/pegawai2 ni?..bleh tlg terangkan tak?ni email sy
    hitsugaya_lover@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Salam just nk tnya je mcm mana nk mohon kapal ye lps habis bt seatime..tq

    ReplyDelete
  4. Asalammaulaikum admin, saya megat saya bru jrk habis kursus perkapal san mempunyai sijil BT(Basic Training), BTOCTCO (Basic Training Oil and Chemical Tanker), MFA (Madical Frist Aid) seamAn card, seaman record book,

    Soal nya saya da mohon mane2 syarikat kapal tapi ia memerlukan seatime..
    Boleh email kn x pada sAya nk syrikat yg memerlukan pekerja,

    megatdisember@yahoo.com
    0197938768. My no contex...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer saudara minta ORKIM tanker ship management pte ltd. Alamat di suite 22-02, 22nd floor, plaza permata, jalan kampar, kl. Tel : 0340429299

      Delete
  5. Hello kawan-kawan. Sya rommy . Baru je abis kursus bt(basic training )btoctco . Dsd .seaman card.seaman book.
    Ada tak company yg nak pekerja sekitar area sabah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. ... saya seorang ex seaman ( Engine crew ) MISC berumur 34 thn , semua course telah saya jalani termasuk couse untuk LNG , cuma sekarang saya hanya renew passport sahaja dan buat seaman card sahaja , masih ada lagi peluang untuk saya berkerja semula di syarikat perkapalan lagi ?
    Email saya di
    yukhairilshah.my@gmail.com

    ReplyDelete