June 3, 2012

Selsema@Flu: Penyakit Yang Agak Menjengkelkan


Pada hari ini hamba terkena selsema. Mungkin berjangkit entah dari sape-sape. Tapi main suspect adalah dari sedare hamba malam tadi semasa kenduri tahlil. Adoyai.. Xpe, sabo je la.. Dugaan dari Illahi. So, ape yang boleh dibuat untuk selsema macam nih eh? Tido tak lena, makan pun xbes sbab idung tersumbat. haha..

Kalo nak diikutkan, banyak rawatan secara moden atau tradisional hamba da cube buat. Dari makan pil panadol soluble sampai la letak muke kat wap air panas. Tapi tarak jalan woo.. So, dapat la free gift muke macam kene udang bakar. haha.. Panas kot. 

Tapi dah alang-alang hamba cakap pasal selsema ni, hamba de terjumpe rawatan alternatif yang lain dari blog yang lain. Dari komen-komen tersebut, banyak blogger yang memuji keberkesanan petua ni. Hamba pun nak cube-cube.. Mane la tau elok kan? So, disini hamba sharekan untuk tatapan anda semue..

Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih
Pokok sirih - www.pnm.my


2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup
Kunyit hidup - Wikipedia


2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.


Selamat Mencuba!

Begitula serba sedikit petua yang blog tersebut kongsikan. So, pe lagi? Sesape yang terkena selsema tu cube la okeh?(termasuk dengan hamba sekali) Sekadar berikhtiar xsalah kan? hehe..


p/s: wat mase ni tengah cube bawak bertenang dengan keadaan idung. Tensionnn wooo... (tengah fikir mane nak carik sirih untuk petua kat atas)

No comments:

Post a Comment