September 28, 2012

Kerja Gila: Buaya Ini Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang Kanak-Kanak


Apa perasaan anda apabila seekor buaya dilepaskan ke dalam kolam renang dan membenarkan anak anda bermain dengan reptilia ganas itu? Memang takkan bagi punya la kan? hehe.. Itulah yang terjadi di Madeira Beach, Florida.

Dengan hanya USD175, Bob Barret, iaitu seorang pengusaha taman buaya akan membawa seekor alligator dan kemudiannya akan melepaskan reptilia itu berenang bebas di dalam kolam renang pelanggannya.  Ianya bertujuan untuk memberikan suasana yang berlainan kepada pelanggannya yang ingin mengadakan majlis untuk anak mereka. Beliau juga berkata ianya selamat memandangkan mulut haiwan itu telah ditutup menggunakan pita perekat khas untuk binatang. Selain sebagai hiburan, beliau juga memberikan penerangan mengenai isu keselamatan dan informasi berkenaan dengan haiwan berkenaan..







p/s: jangankan kata budak-budak, hamba sendiri pun tak berani. haha.. Korang bagaimana?

2 comments: