September 29, 2012

Video Inspirasi: Susan Boyle

Tengah dok godek-godek laman Youtube, entah kenapa tergerak hati hamba nak buka video British Got Talent semasa di awal kemunculan Susan Boyle. Sebelum ini, beliau adalah seperti seorang yang selalu dipandang rendah oleh masyarakat. Tengok sajalah semasa beliau mula-mula baru sahaja menjejakkan kaki ke pentas British Got Talent. Hampir semua penonton tersenyum sinis. Tidak seorang pun yang percaya apabila beliau ingin menyanyikan lagu I dream a dream nyanyian Les Miserable. Tambahan pula beliau tidak mempunyai pakej penampilan yang sesuai sebagai penyanyi.

Tapi, apabila beliau mula menyanyi, para juri dan penonton bangun memberikan tepukan yang gemuruh disebabkan bakat beliau, sehinggakan salah seorang juri memberikan komen "Susan Boyle…the biggest YES has ever been given in Britains Got Talent…" dan seorang lagi juri, Simon Powell mengatakan  “Susan, you can go back to the village with your head held high, its 3 Yesses!

Sehingga kini, video semasa Susan Boyle semasa audition telah ditonton lebih 100 juta kali di laman Youtube.

So inspirational...(^_^) (sambil berangan. haha..)

Susan Boyle




No comments:

Post a Comment