June 5, 2012

Alat Untuk Senyum. Erk?

Pernah tak anda dengar alat untuk senyum? Sebenarnya hamba terjumpe produk ni semasa tengah google tadi. Punye la hamba terkejut pasal alat ni boleh memakse seseorang untuk tersenyum dan dibuat untuk kanak-kanak yang degil. Percaya ke tak nak? Hehe..

Macam senyum sakit je.. haha




Alat ini dicipta oleh seorang saintis Jepun yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di sana untuk selalu tersenyum. Ianya menggunakan sedikit arus elektrik untuk menggerakkan otot-otot pipi kanak-kanak agar boleh tersenyum walaupun secara paksa. Anda tak perlu risau jika anak anda bersedih kerana alat ini pasti akan membuatkan anak anda senyum sampai ke telinga.

Hamba pun cuba-cuba menyiasat kesahihan cerita dan produk ni. Last last rupenye produk ni adalah alat untuk mengira kunyahan yang dibuat oleh kanak-kanak semasa makan. Ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada ibu bapa memantau cara anak mereka makan. Maklumla, kanak-kanak kan selalunya tak kunyah lame2 sebelum telan.Nama sebenar bagi alat ini adalah Kami Kami Sensor. Bukan Electro Smile k? hahaha..


2 comments: