June 7, 2012

Geezer Bandit : Perompak Hebat..!!



 

Sekali dipandang, individu yang bertaraf warga emas ni nampak macam orang biasa-biasa je yang menjalankan aktivitinya seharian. Akan tetapi, jangan terkejut. Ini kerana beliau adalah antara penjenayah yang paling dikehendaki di Amerika. Erk? Bia betik.. haha.. Yup, memang betul. Penjenayah ini digelar Geezer Bandit.

Beliau telah melakukan 16 rompakan bank setakat ini dan tidak pernah tertangkap. FBI pun dah naik pening kepala nak tangkap beliau. Jenayah beliau bermula pada 28 Ogos 2009 di cawangan U.S Bank yang terletak di dalam sebuah pasaraya. Beliau hanya datang, beratur, menghulurkan nota yang berbau ugutan,(Pihak FBI enggan mendedahkan kandungan nota tersebut) dan seterusnya melarikan duit rompakan tersebut tanpa orang ramai disekeliling beliau sedari. Kakitangan dan pelanggan bank yang lain selalunya tidak perasan berlakunya rompakan kecuali kakitangan yang dirompak. Menurut sumber FBI, beliau bercakap dengan nada yang perlahan, agar didengar oleh mangsa yang terbabit sahaja. Kandungan nota pula digambarkan mengandungi amaran bahawa dia sedia menggunakan pistol dan meminta amaun wang yang dikehendaki. Wow, hebat betul..!!

Pada mulanya, beliau tidak membawa senjata semasa rompakan berlaku. Akan tetapi, pada 9 Oktober 2009, beliau mula menggunakan pistol sebagai senjata untuk menggugut pekerja bank. Akan tetapi, modus operandinya masih sama. Datang, beratur, menggugut dan merompak. Bukan itu sahaja. Beliau pun seperti tidak kisah wajahnya dirakam oleh kamera pengawasan di setiap bank yang dirompak. Pihak FBI percaya bahawa sebenarnya itu merupakan topeng bagi mengelakkan dirinya dikenalpasti.

Akan tetapi, kepopularan beliau menyebabkan beliau menjadi salah satu public figure di U.S. (erk? hilang akal ke?) Terdapat laman peminat facebook dan juga cenderahati seperti keychain, mug dan ada juga baju yang menyokong beliau yang tertulis Geezer Bandit For President..!! haha.. Ish ish, dah takde orang lain ke nak letak public figure?

Di sini hamba sertakan pula pic-pic berkenaan dengan Geezer Bandit in actionzz.. 

p/s: Jangan cube-cube yer... haha..


 

 
Geezer Bandit For President Jumper
Peh, siap ade baju

pic facebook yang menyokong beliau

No comments:

Post a Comment