June 15, 2012

Sealand: Negara Terkecil Dunia?

Kalau nak diikutkan, secara rasminya Vatican City merupakan negara terkecil di dunia. Akan tetapi, terdapat sebuah lagi negara yang dikatakan negara yang terkecil di dunia. Negara ini bernama Sealand.
Sealand

Yup, inilah dia. gambar negara terkecil di dunia. Unik kan? Bukan kat atas tanah pun. Ianya cuma peninggalan  dari perang dunia ke-2. Keluasan negara ini cuma 550 meter persegi dan terletak 13 kilometer daripada pantai Suffolk, England.

Menurut info yang hamba dapat, pada asalnya Sealand adalah benteng pertahanan semasa perang dunia ke-2 untuk menghadapi kemungkinan serangan dari pihak Jerman. Banyak pangkalan terapung seperti ini dibina dan dikenali sebagai Rough Tower. Akan tetapi, Sealand ini dibina atas perairan antarabangsa dimana dari segi undang-undangnya, ianya bukan milik sesiapa. Pada September 1967, Paddy Roy Bates menduduki pulau buatan ini dan mengishtiharkannya sebagai sebuah negara.

Click here to see a large version
Alahai keciknye...

File:Flag of Sealand.svg
Bendera Negara Sealand


Jata Negara

Duit yang digunakan di Sealand.
Click here to see a large version










No comments:

Post a Comment