July 3, 2012

Lukisan Dari Rubic Cube

Hamba teringat masa kecil-kecil dulu masa cuba menyelesaikan rubic cube yang memang bagi hamba sangat susah dan complicated. Sampai sekarang pun hamba masih lagi fail dalam menyelesaikan rubic cube. haha.. Tapi sekarang, ramai sudah boleh menyelesaikan rubic cube dengan mudah dan mengambil masa yang singkat sahaja.

Dan sekarang ini, rubic cube dah semakin level up dengan penghasilan lukisan daripada rubic cube ni. Aneh! Yela... nak selesaikan sebiji pun hamba rasa pening, inikan nak buat satu seni lukisan daripada rubic cube. Memang tabik spring la kepada beliau. Orang yang hamba maksudkan adalah Pete Fecteau. Beliau adalah seorang designer dan juga seorang ilustrasi. Beliau telah merekacipta lukisan yang diberi nama 'Dream Big'  iaitu mosaic Martin Luther King daripada susunan rubic cube pada tahun 2010 dengan menggunakan 4,242 rubic cube. Ianya memerlukan beliau bekerja selama 40 jam untuk menyiapkan lukisan tersebut.

Dan baru-baru ini, beliau cuba untuk merealisasikan sebuah lagi mosaic yang diberi nama 'Grey Matters' yang di tributekan kepada mendiang Albert Einstein. Ianya akan memerlukan 8,484 buah rubic cube. Wooo... good luck bro..













Photo-full
Design Albert Einstein yang akan digunakan oleh Pete untuk mereka Grey Matters 



No comments:

Post a Comment