Jom kita skodeng sikit..
1. Politicizing Beyonce
Salah satu subjek yang ditawarkan bagi salah satu program diploma di New Jersey's Rudgers University. Bunyinya seperti senang saja kan? Akan tetapi, para pelajarnya harus mendebat, membandingkan dan mengambil Beyonce sebagai ikon. Individu yang mengendalikan kursus ini iaitu Kelvin Allred, berkata bahawa:
'This isn't a course about Beyonce's political engagement or how many times she performed during President Obama's inauguration weekend. She certainly pushes boundaries. While other artists are simply releasing music, she's creating a grand narrative around her life, her career, and her persona.'
![]() |
New Jerseys Rutgers University |
2. Simpsons and Philosophy
Tak dinafikan lagi bahawa kursus ini diinspirasikan dari siri animasi The Simpsons. Ianya dijalankan dengan eksklusif hanya dua buah kelas di University of California At Berkeley (salah satu universiti yang berprestij ok... bukan cap ayam). Ianya bertujuan untuk pelajar yang mencari cara berfikir dan belajar yang baru. Sebenarnya, selain daripada subjek Simpson and Philosophy ini, ada beberapa lagi subjek yang seperti ini ditawarkan disini. Contohnya The Joy Of Garbage dan Physics of Superheroes.
Tak percaya? Cuba klik disini http://resource.berkeley.edu/r_html/701special.html
![]() |
University of California at Berkeley |
3. David Beckham
Kursus ini dijalankan selama 12 minggu sebagai salah satu subjek di dalam BA in Sports, Media and Culture di Staffordshire University. Ia meliputi topik mengenai Beckham sebagai salah satu budaya dalam sejarah bola sepak. Salah seorang yang mengendalikan kursus ini iaitu Profesor Ellis Cahshmore berkata:
"We will be examining the rise of football from its folk origins in the 17th century to the central place it occupies in British culture. We do have to concede that Beckham occupies a lot of our attention today. He's the object of a great many fantasies."
hmm.. boleh ke camtu?
Nak tau lagi, klik http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/education/694451.stm
![]() |
Staffordshire University |
4. Zombie studies
Kursus ini diajar sebagai minor subjek di University of Baltimore.Ianya salah satu daripada modul English 333 yang dipelopori oleh Arnold Blumberg, iaitu penulis Zombiemania: 80 Movies To Die For.Ianya memerlukan pelajar untuk menonton filem zombi, membuat kajian dan menghasilkan storyboard mengenai zombi mengikut fantasi mereka. Best kan? hehe...
![]() |
University of Baltimore |
5. Feel The Force: How To Be The Jedi Way
Kursus ini merupakan yang pertama seumpamanya di United Kindom (mungkin kat dunia sekali kot) yang mengajar mengenai cara pemikiran psikologi seorang Jedi (erk?) Ianya diajar di Queen's University Belfast, UK untuk mengajak pelajar menyertai lebih banyak pembelajaran secara terbuka.. Kursus ini juga dijelaskan oleh Allan Barid iaitu ketua dan pengendali kursus ini sebagai "wider issues behind the Star Wars universe, like balance, destiny, dualism, fatherhood and fascism".
![]() |
Queens University Belfast |
No comments:
Post a Comment