September 14, 2012

Nokia X2 Tahan Peluru

Sebuah telefon bimbit Nokia X2 dikhabarkan telah menyelamatkan nyawa pemiliknya di Syria apabila ianya telah menahan tembakan peluru sesat. Dikatakan bahawa kisah ini terjadi di Syria dimana kejadian berbalas tembakan telah berlaku antara pihak pemberontak dengan kerajaan. 

Pemilik Nokia yang tidak diketahui namanya ini sedang cuba untuk merakamkan kejadian tersebut. Oleh kerana beliau berada terlalu hampir,  sebiji peluru telah terarah kepadanya. Dia kemudiannya terselamat apabila peluru itu terkena pada telefon yang dipegang. Peluru tersebut tidak tembus, malah tersangkut pada casing telefon.


Nokia X2


Nampaknya, sekali lagi telefon bimbit Nokia telah menyelamatkan nyawa seorang pemiliknya. Sebelum ini pun ada kisah yang hampir sama dengan kisah yang dipaparkan kali ini. Wahh..!! hebat betul telefon Nokia ni.

So, Nokia anyone?

Sumber

No comments:

Post a Comment