September 21, 2012

wutzupps.com : Laman Web Sosial Buatan Malaysia

Malaysia sekarang nampaknya sudahpun mempunyai 1 laman web sosial yang boleh dikira setanding dengan laman sosial yang lain. Laman web yang diberi nama wutzupps.com ini banyak mempunyai ciri-ciri penting dalam sesebuah laman sosial dan ditambah lagi dengan ciri-ciri yang lebih menarik dan kompetitif berbanding dengan laman sosial yang lain 

Walaupun pada mulanya interface yang dipaparkan adalah menyerupai facebook, adalah lebih baik anda cuba untuk mendaftar dahulu untuk melihat penampilan dalamannya. 


Pendaftaran dan Log In

Laman Profile

Laman Home

 Plug in Chat

Fungsi chat juga tidak menghampakan. Jika anda masih tidak mempunyai kawan, anda boleh mengajak rakan-rakan anda melalui chat yang boleh disambungkan terus dengan chat laman sosial facebook untuk mengajak rakan-rakan yang lain.



Untuk menjadikannya lebih menarik, servis lain juga telah ditambah iaitu video, image, tutorial dan yang paling menarik, anda boleh live streaming dengan channel televisyen di Malaysia. Belum pernah rasanya mempunyai rangkaian laman sosial yang hampir mempunyai segala-galanya.



Internet TV
Laman Video seperti Youtube
Menarik kan? hehe.. So, untuk tahu lebih lanjut, anda bolehlah mendaftar dulu pada laman sosial ini. Serius..!! Memang menarik..!!.

Apa yang lebih menarik lagi laman sosial ini diasaskan oleh dua orang pelajar sekolah menengah iaitu Mohammad Nizamudin Mufid, 16 tahun dan Faiz Meor, 15 tahun.


p/s: I'm supporting our Malaysian social network



2 comments:

  1. Mirip Facebook... yg section 'OurVid'nya layoutnya juga sama kayak Youtube. Yang aku bingung tu kenapa iconnya 'Tutorial' & 'Main Website' pake iconnya Blogspot ama Wordpress. Hopefully they'll redo the HTML/CSS if they need to.

    ReplyDelete