August 30, 2012

Cara Mencari Jodoh Ala Sleeping Beauty Yang Betul-betul Real..!!

Selalunya, kita masa kecil dahulu sering menonton cerita animasi sleeping beauty kan? Dan, baru-baru ini, di Ukraine, seorang artis telah menjadikan cerita ini suatu kisah benar apabila beliau mengadakan satu majlis seni bertempat di National Art Museum of Ukraine.

Ianya bermula dengan sekumpulan sukarelawan wanita dipilih oleh seorang artis (tak tau artis jenis apa) bernama Taras Polaitako. Setiap wanita dikehendaki untuk berbaring selama 3 hari untuk mencari ciuman cinta sejati mereka. Kemudian, setiap peserta lelaki dan wanita ini harus menandatangani kontrak untuk berkahwin jika si gadis membuka mata semasa ciuman tersebut. Syarat-syaratnya mudah iaitu; melebihi umur 18 tahun, belum berkahwin dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berkahwin. Bagi mereka yang dah terdesak tu, boleh la masuk ye.. hahaha..

Pada mulanya, majlis ini hampir tidak dapat diadakan apabila Taras Polaitako dipanggil oleh pihak muzium untuk membatalkan majlis tersebut. Setelah mengadakan perbincangan dengan pihak muzium dan kementerian yang berkenaan, acara ini diteruskan.

Acara ini diadakan dari 22 Ogos 2012 sehingga 9 September 2012. Masih berlangsung lagi ni kot..!!







note: hamba ingat diorang ni dah hilang akal kot.. Dunia oh dunia

No comments:

Post a Comment